• Latihan Kecemasan untuk Kemalangan Sumber Bahaya Utama Anjuran ESSB Bersama Jabatan Bomba Chukai

    Pada 9.30 pagi 25 Julai 2019, syarikat telah menganjurkan latihan kecemasan bagi situasi kebocoran gas di tangki gas karbon monoksida (CO Gas). Jabatan syarikat yang berkaitan seperti Jabatan P&T, Jabatan Power Energy, Jabatan Maintenance dan lain-lain serta kakitangan daripada Jabatan Bomba Chukai berjumlah lebih dari 60 orang telah menyertai dan memerhati secara dekat latihan tersebut.

    Latihan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Eksekutif syarikat, Wang Sheng Hua. Simulasi kemalangan kebocoran gas berlaku diakibatkan oleh keretakan kimpalan pada tangki gas, menyebabkan seorang pekerja mengalami keracunan gas, Jabatan Power Energy segera membentuk pasukan penyelamat awal untuk menyelamatkan pekerja yang keracunan. Percikan api tercetus semasa proses pembaikan kebocoran menyebabkan kebocoran gas yang terbakar. Tambahan, seorang pekerja telah tercedera di kaki semasa proses menutup injap gas di atas platform. Pasukan kecemasan di peringkat syarikat telah ditubuhkan di kawasan kejadian dan segera menggerakkan pelan penyelamatan kecemasan syarikat. Keadaan bahaya dikawal menerusi cara-cara teknikal seperti menghentikan proses pemulihan dan penghantaran CO Gas serta menghentikan mesin-mesin berkaitan yang sedang beroperasi dan menyelamatkan pekerja yang tercedera. Pasukan kecemasan syarikat yang kedua telah ditubuhkan untuk menyelaraskan bantuan daripada pihak Pasukan Bomba dan hospital setempat datang ke lokasi kejadian. Pekerja yang tercedera dan keracunan dapat diselamatkan dengan segera, api juga dipadamkan dengan sempurna.

    Latihan ini mengutamakan prosedur laporan kemalangan oleh pekerja ESSB dan program menyelamatkan kejadian keracunan gas. Empat asas keupayaan tindakan kecemasan dipraktikkan iaitu tindakan kecemasan penyelamatan kecederaan di kawasan tinggi, penggera kebakaran, pemadaman api dan arahan serta perlaksanaan arahan di lokasi kejadian. Melalui latihan, semua peserta bertindak dengan cepat mengikut prosedur kecemasan untuk memastikan operasi menyelamat di bawah keadaan yang selamat, operasi dilakukan dalam keadaan terkawal, langkah-langkah kecemasan di dalam keadaan yang terkawal dan selamat dan penyampaian maklumat yang berkesan bagi memastikan latihan tamat dengan jayanya. Kesedaran keselamatan akan ditingkatkan, menambah prestasi pasukan penyelamat kecemasan dan selanjutnya meningkatkan keupayaan tindakan kecemasan syarikat berkaitan kemalangan besar dan mengesahkan pengoperasian pelan tindakan kecemasan syarikat. Sementara itu, latihan telah mendapat pujian yang tinggi daripada ketua Jabatan Bomba setempat.

    Cerita dan gambar oleh: Jabatan P&T Gu Li Kai
    Gambar oleh: Jabatan P&T Wong Chin Fung



    • portfolio image

      Mesyuarat mobilisasi latihan.

    • portfolio image

      Menyelamatkan pekerja yang keracunan gas CO.

    • portfolio image

      Memulakan pelan kecemasan di peringkat syarikat.

    • portfolio image

      Operasi menyelamatkan pekerja yang tercedera di kawasan tinggi.

    • portfolio image

      Trak Bomba Chukai bergegas ke lokasi kejadian untuk usaha menyelamat dan memadamkan kebakaran.